Segala persiapan untuk pementasan teater 'Kalut' tinggal seminggu sahaja lagi. banyak yang telah dilakukan untuk memastikan perjalanan minggu produksi (4-11 mac 2007) berjalan dengan lancar. Bahagian yang menjalankan kerja keras adalah bahagian Promosi dan Publisiti (amer). Banyak yang telah dia lakukan agar pementasan ini mendapat liputan yang meluas. ternyata usaha Amer berbalas kerana 2 minggu kebelakangan ini produksi mendapat banyak liputan dari majalah, akhbar dan media elektronik. Antara promosi dan publisiti yang telah mendapat respon dari pihak media adalah seperti berikut:
1. Tabloid Bacaria----------------------------24 Feb 2007
2. Utusan Malaysia (Sisipan Mega)----------------26 Feb 2007
3. Malaysia Hari Ini (TV3)------------------------26 Feb 2007 (8.00-8.30am)
4. Majalah Remaja--------------------------------Edisi 1 Mac 2007
7. Berita Harian (Sisipan Bintang Popular)---------1 Mac 2007
8. Radio Era (Zon Aktiviti Era)--------------------siaran publisiti 7-11 Mac 2007
9. Selamat Pagi Malaysia (RTM1)--------------7 Mac 2007 (9.40-10.00am) slot Seni dan Budaya
------------------------------------------------------------------------------------------------
gambar ini dirakam semasa kedatangan pelakon, pengarah dan pensyarah ke studio MHI (TV3) untuk sesi temubual dan promosi.
(sedutan sebelum sesi temuramah)
(sesi temuramah dijalankan)

(sedutan untuk penutup kepada sesi temuramah)
------------------------------------------------------------------------------------------------
ini semua adalah salah satu hebahan awal yang dilakukan oleh bahagian promosi dan publisiti. Walaupun kami tidak mengadakan Press Conference tetapi dengan kaedah 'press release' ternyata ianya membuahkan hasil yang lebih positif. Kredit diberikan kepada Amer kerana berjaya memasarkan produk teater ini.
Selain itu, liputan selepas pementasan akan dikeluarkan juga. Hal ini adalah untuk memberi respon terhadap teater yang telah ditonton. dijangkakan, pihak media akan datang pada 9 Mac 2007. Wakil dari media seramai 20 orang dari pelbagai pihak akan menyaksikan pementasan ini. Tempahan juga dibuka kepada organisasi, persatuan, kelab atau individu yang berminat untuk datang menyaksikan pementasan ini.
Kerja-kerja mengedar poster, menggantung banting, banner, edar flyers dan sebagainya akan dilakukan pada minggu terakhir produksi. ini adalah strategi pemasaran agar dapat mengingatkan kembali akan pementasan ini.
bahagian produksi kreatif telah semakin sibuk menjalankan persiapan akhir. Para pelakon sibuk menjalankan latihan minggu terakhir sebelum bertolak ke MTC. bahagian teknikal juga telah memulakan persiapan termasuk bahagian set, props, lighting, kostum dan make-up. rujukan masih diadakan dengan pensyarah-pensyarah memandangkan kami masih lagi belajar untuk mencapai yang terbaik.
akhir sekali, apa yang diharapkan adalah pementasan ini berjaya dipentaskan dengan jayanya. semua bahagian perlu peka terhadap situasi dan reflek terhadap persekitaran.
kepada sesiapa yang berminat untuk menyaksikan pementasan ini bolehlah menghubungi
Amer------- 012-685 4875
nyatakan nama, bilangan tempahan, organisasi atau individu dan tarikh tempahan.
sistem tempahan berdasarkan siapa cepat, dia dapat.
atau anda boleh datang lebih awal di MTC pada hari pementasan untuk mendapatkan pas masuk.
sekian..
::::kudos to those who make it real::::